Ulasan YOUNG SHELDON Musim Akhir

#AmaranSpoiler

Akhirnya, kisah Young Sheldon telah berakhir secara rasmi. Pada musim-musim awal, banyak yang meragukan kesesuaian rancangan ini dengan Big Bang Theory. Namun, pada musim terakhir ini, para penulis telah berjaya menghubungkan Young Sheldon d dengan Big Bang Theory. Antara puncaknya:

  1. Sebab mengapa Sheldon gemar mengetuk pintu sebanyak tiga kali akhirnya diperlihatkan dalam musim ini. Ia menjadi penting kerana ia membuktikan bahawa bapa mereka tidak pernah bersama wanita lain selain daripada ibu mereka. Ini berbeza dengan pandangan Sheldon tentang ayahnya dalam BBT, di mana dia percaya ayahnya pernah tidak setia dengan wanita lain.
  2. Kematian George telah memberikan kesan yang mendalam kepada keluarganya. Seperti yang diceritakan dalam BBT, di penghujung episod Young Sheldon, kita dapat menyaksikan perubahan yang berlaku pada Mary, George Jr, Missy, dan Sheldon. Mary menjadi lebih berdedikasi kepada kepercayaannya, George Jr mengambil alih tanggungjawab ayahnya untuk menjaga Missy dan ibunya, Missy menjadi lebih sukar untuk dikendalikan, dan Sheldon menjadi lebih menjengkelkan, hampir menyerupai wataknya dalam BBT.
  3. George Jr mungkin akan mengambil alih perniagaan tayar bapa mertuanya dan akhirnya membuka perniagaan Dr Tyre. Ini mungkin akan diteruskan dalam spin-off Young SheldonGeorge and Mandy First Marriage.
  4. Sheldon akhirnya memasuki Caltech untuk melanjutkan pengajiannya. Walaupun pada usia 14 tahun, masih ada sembilan tahun lagi sebelum dia bertemu dengan Leonard dan kumpulan BBT yang lain pada usia 23 tahun. Jika ada spin-off mengenai ini, pasti akan menjadi sesuatu yang menarik.
  5. Amy dan Sheldon akhirnya membuat penampilan kameo dalam episod akhir Young Sheldon ini. Sheldon masih seperti biasa, menjengkelkan, tetapi mungkin Amy dapat mengawalnya demi kebaikan anak-anak mereka. Kelihatan Amy tidak lagi bersikap lembut dengan Sheldon, terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan anak-anak mereka.

Itulah penutupan untuk tujuh musim Young Sheldon. Walaupun tiada pelakon yang sempurna, namun dalam siri ini, para pelakon hampir memberikan 100% kepada watak mereka sehingga tiada siapa yang dapat menggantikan mereka. Ini adalah kesudahan yang indah untuk sebuah siri yang hebat.

Leave a comment