Ulasan Filem Siksa arahan Joko Anwar (edaran GSC Movies)

Tajuk Asal: Siksa Kubur

Tajuk Yang Sepatutnya: Siksa Penonton

Filem seram terbaru arahan Joko Anwar ini telah menarik perhatian ramai, termasuk peminat setia pengarah tersebut di Malaysia. Mengisahkan seorang gadis yang terjun ke dalam misteri ilmu alam kubur, “Siksa Kubur” membawa kita mengikuti perjalanan gadis tersebut dalam mengejar manusia pendosa yang telah lama dikenalinya. Dengan tekad yang kuat, dia berhasrat untuk menyertai si pendosa di alam kubur. Pencarian gadis ini terhadap kebenaran agama dan alam ghaib membawanya kepada pengalaman yang tidak terjangka dek akal.

Namun, filem ini tidak luput dari kritikan. Potongan yang dilakukan telah merosakkan alur cerita, sehingga mengurangkan kepuasan penonton meskipun terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil. Malam kelmarin, tayangan perdana filem “Siksa” telah diadakan, dan ramai media serta influencer telah hadir untuk menyaksikan karya terakhir Pak Joko dalam genre seram sebelum beliau beralih kepada genre lain.

Tidak semua filem seram Indonesia mendapat sokongan mutakhir ini, namun “Siksa Kubur” dengan kualiti produksi dan naratif yang kuat, layak mendapat tempat dalam senarai filem yang disanjung. Tayangan filem ini akan bermula di seluruh pawagam mulai 30 Mei 2024 di seluruh Malaysia.

Leave a comment