Tomoya Warabino di Malaysia Promosikan Acara Ultraman The Hero Premiere 2024 In Malaysia

Tomoya Warabino, pelakon watak Gento Hiruma dari siri Ultraman Blazar berada di Malaysia sempena acara ULTRAMAN THE HERO PREMIERE 2024 IN MALAYSIA yang berlangsung di Sunway Pyramid dari 13 hingga 23 Jun 2024. Peminat-peminat Ultraman boleh bertemu dengan beliau di LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid pada 16 Jun ini jam 2 petang selain penampilan istimewa Ultraman Zero dan Ultraman Arc.

Acara ini diadakan bersempena pelancaran filem Ultraman: Rising yang ditayangkan di saluran Netflix mulai hari ini, penampilan Ultraman Arc pertama kali di Malaysia di mana siri terbaru Ultraman ini bakal disiarkan di saluran Astro Ceria mulai Julai ini dan juga tayangan filem Ultraman Blazar the Movie: Tokyo Kaiju Showdown di pawagam TGV Cinemas mulai 20 Jun.

Di acara ini juga pengunjung dapat menyaksikan ‘sneak peak’ projek mutakhir ULTRAMAN CARD GAME yang bakal dilancarkan kelak tahun ini juga, tugu Ultraman yang berukuran 2.6 meter dan kaiju Gigantron, persembahan pentas Ultraman, segmen interaktif, taman mainan Gigabash Ultraman DLC untuk kanak-kanak, sesi origami dan jualan merchandise rasmi Ultraman seperti mainan, pakaian dan pelbagai lagi.

Dapatkan juga kad PR Ultraman: Rising percuma dengan menyertai sesi demo dan ikuti Facebook Ultraman Card Game – Tsuburaya Productions.

Leave a comment