Ulasan Filem Kingdom Of The Planet Of The Apes (edaran Walt Disney Studios Malaysia)

Dalam dunia perfileman yang seringkali diwarnai dengan siri-siri yang berterusan, ‘Kingdom Of The Planet Of The Apes’ yang dilancarkan pada tahun 2024, telah menambah satu lagi babak menarik dalam warisan epik ini. Filem ini, yang merupakan sambungan daripada trilogi terkenal – ‘Rise Of The Planet Of The Apes’ (2011), ‘Dawn Of The Planet Of The Apes’ (2014), dan ‘War The Planet Of The Apes’ (2017), membawa penonton melangkah ke masa depan, beberapa generasi selepas peristiwa yang menggemparkan dalam ‘War’.

Peminat setia siri ini disarankan untuk menonton filem-filem sebelumnya bagi memahami benang merah yang menghubungkan keseluruhan naratif. Walaupun Caesar, watak ikonik yang telah menjadi simbol siri ini, tidak lagi muncul sebagai watak utama, namun pengaruhnya masih terasa kuat dalam filem terbaru ini.

Karakter baru yang diperkenalkan, Noa, membawa perspektif segar kepada cerita. Berbeza dengan Caesar yang mempunyai hubungan rapat dengan manusia, Noa dibesarkan dalam keadaan yang berlainan, memberikan dimensi baru kepada ‘origin’ yang sudah sedia menarik.

Penonton akan merasai gabungan elemen-elemen dari filem-filem sebelumnya, namun dengan twist cerita yang memberikan ruang untuk spekulasi dan kejutan. Kehadiran Caesar masih dirasai dan memberikan kepuasan kepada peminat, meskipun karakter tersebut tidak lagi hadir secara fizikal.

Walaupun terdapat beberapa babak yang mungkin terasa agak panjang, namun ini tidak mengurangkan keseluruhan kualiti filem ini sebagai sebuah tontonan yang layak. Apa yang paling menonjol adalah aspek visual filem ini. Dengan CGI dan VFX yang telah ditingkatkan sehingga dua kali ganda dari filem sebelumnya, ‘Kingdom Of Planet Of The Apes’ menawarkan pengalaman visual yang eksklusif dan memukau.

Secara keseluruhan, filem ini telah berjaya memenuhi ekspektasi dan bahkan melebihi apa yang diharapkan oleh para peminat. Usaha keras kru filem dalam memperluas dan memperkaya franchise ini patut diberikan penghormatan. Dengan penilaian peribadi sebanyak 8/10, filem ini pastinya menjadi salah satu tontonan yang tidak boleh dilepaskan bagi peminat genre fiksyen sains.

Leave a comment