KUMPULAN KRU BUBAR, KONSERT GERGASI KRU25 JADI PERSEMBAHAN TERAKHIR

Kuala Lumpur, 18hb April 2018 – Konsert Gergasi KRU25 akan menjadi konsert terakhir kumpulan muzik KRU dimana kumpulan KRU sebagai artis rakaman akan dibubarkan sejurus selepas persembahan konsert terakhir mereka pada 6hb Mei 2018. Walaubagaimanapun entiti KRU sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa Keputusan ini adalah kata sepakat dimana ketiga-ketiga mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk meneruskan kerjaya masing-masing.

Sejal 1992, KRU telah mencetus satu (1) fenomena yang luarbiasa didalam lndustri muzik tempatan dengan gabungan elemen genre HIP Hop, R&B dan Pop. KRU bukan saja berjaya membina kerjaya mereka sebagai artis rakaman dan penghibur tetapi juga mencipta nama puluhan artis tempatan selaku label rakaman, komposer dan penerbit.

Segala nostalgia Iagu dan sejarah KRU dalam industri muzik akan dipersembahkan selama 3 malam di pentas Istana Budaya melalui Konsert ‘Gergasi KRU25‘ yang akan berlangsung dari 4hb, 5hb dan 6hb Mei 2018.

Konsert Gergasn KRU25 bakal mendapat sentuhan Yusry yang bertindak sebagai Pengarah Kreatif dan Muzik semi barisan para pemuzik terhebat tanahair. Setelah membuat pengumuman konsert sejak 27hb Septembet 2018, sambutan penjualan tiket amat memberangsangkan dimana hampir 80% tiket sudahpun dijual sehingga kini. Disampang itu, KRU bakal mengeluarkan single terakhir mereka pada penghujung April yang turut dimasukkan ke dalam album kompilasi “GERGASI’ dalam bentuk digital dan CD edaran Universal Music.

Pada sidang media ini. turut diperkenalkan barisan penaja yang terlibat menaja persembahan konsert Gergasi KRU25 nanti Diantara para penaja yang terlibat termasuk Perodua (penaja kereta rasmi), Jovian Mandagie (pereka busana rasmi), HotFm dan Kool FM (penyiar radio rasmi), Impiana KLCC Hotel (hotel rasmi) dan Hotlme (agen penjualan tiket rasmi).

image

KRU turut menyatakan penghargaan khas kepada Perodua kerana telah menyokong kerjaya KRU sejak tahun 90’an sehingga sekarang. “Kali terakhir KRU mengadakan konsert di Kuala Lumpur adalah pada tahun 2002 di Dataran Merdeka dengan kehadiran 50,000 penonton dimana Perodua menjadi penaja utama. Kini. Perodua terus menjadl penaja utama bagi konsert terakhir kami dan KRU ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala sokongan dan selamat menyambut ulangtahun Perodua yang ke-25 yang kini menjadi peneraju utama industri automotif tempatan” ujar Dato’ Norman Abdul Halim. selaku Penerbit Eksekutif Konsert Gergasi KRU25.

“Populariti KRU masih mantap merentasi generasi, dan Perodua. yang juga menyambut ulang tahun ke-25. mengucapkan tahniah atas konsert Gergasi KRU25. Perodua berbangga menjadi penaja utama konsert kali ini serta dapat menyumbang kepada aktiviti seni anak tempatan yang masih popular ini,“ kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua. YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Sidang media tergempar ‘Gergasi’ lni turut mendapat tajaan dari lmpiana KLCC Hotel yang juga turut memperkenalkan menu khas betkonsepkan “Earth Grown” yang menggalakkan pemakanan yang lebih sihat dan ringan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket untuk menyaksikan konsert Gergasi KRU25 pada 4hb. 5hb dan 6hb Mei di lstana Budaya, boleh layari www.kruarena.com