Cigarettes After Sex Kembali ke Malaysia Sempena Konsert Jelajah Album X’s

Cigarettes After Sex (CAS) kembali ke Kuala Lumpur pada 11 Januari 2025 untuk persembahan terbesar mereka di Malaysia sebagai sebahagian daripada X’s World Tour. Kita nantikan maklumat tiket yang akan menyusul. Konsert ini dibawakan oleh Good Vibes.

Tulis CAS di laman media sosial mereka: “Kami sangat bersemangat untuk mengumumkan X’s World Tour yang akan bermula pada 31 Ogos. Anda boleh mendaftar untuk akses awal tiket pra-jualan yang bermula pada 5 Mac, dan semua tiket umum akan dijual pada 8 Mac jam 10 pagi waktu tempatan. Tiket untuk Asia akan dijual tidak lama lagi. Tarikh di Amerika Selatan dan Timur Tengah akan diumumkan bersama dengan lebih banyak tarikh di Asia. Kami menitipkan kasih dan sayang kepada anda semua dan benar-benar tidak sabar untuk bertemu dengan anda semua tidak lama lagi.”

Pautan ke laman web rasmi mereka: https://cigsaftersex.lnk.to/xstour

Leave a comment