Fear Factory Perkenal Vokalis Baru, Milo Silvestro

Selepas lama berteka-teki, akhirnya band industrial metal Fear Factory mengumumkan vokalis baru mereka iaitu Milo Silvestro. Pengumuman ini juga seiring dengan konsert jelajah Rise Of The Machine yang bakal bermula pada 25 Februari ini.

Dalam nota pengenalannya, Milo memberitahu: “Ini satu peluang yang besar bagi saya. Saya telah menjadi peminat band ini bertahun-tahun lamanya dan ianya sangat surreal tapi saya teruja untuk menjadi sebahagian dari band ini. Saya tahu saya ada tanggungjawab yang sangat besar untuk dipikul tapi saya di sini untuk memberi sebaik yang mungkin dan beri keadilan pada legasi vokal band legenda ini.”

Foto: Stephanie Cabral

Milo yang berasal dari Rom, Itali mengenepikan 300 vokalis yang menyertai ujibakat sebagai vokalis Fear Factory. Beliau menggantikan vokalis asal, Burton C Bell yang telah bersama Fear Factory selama 31 tahun sehinggalah pengundurannya pada 28 September 2020 dengan album Aggression Continuum menjadi album studio terakhir Fear Factory dengan rakaman vokal Burton.

Fear Factory hari ini dianggotai oleh Milo Silvestro (dry lung vocal, martyr), Dino Cazares (heavy duty sacrifier), Mike Heller (maximum effective pulse generator) dan Tony Campos (total harmonic distortion).

Leave a comment